DIABETIC – RAWATAN SOKONGAN

Apakah rawatan sokongan diabetic?

Seperti mana yang kita sedia maklum, pesakit diabetic memang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Rawatan sepanjang hayat bermaksud, seseorang yang mempunyai diabetic perlu mendapatkan pelbagai rawatan sokongan sepanjang hayat beliau disamping memakan ubatan kimia atau alami untuk mengawal keadaan paras gula beliau. Paras gula darah yang normal bukan bermaksud beliau telah sembuh tetapi menunjukkan satu aspek dari penyakit diabetic telah berjaya dijinakkan. Terdapat pelbagai masalah kesihatan lain yang perlu diambil berat oleh pesakit diabetic walaupun telah normal paras glucose darah mereka. Keadaan ini lebih teruk kepada mereka mereka yang tidak dapat mengawal paras gula mereka.

Rawatan sokongan diabetic memberi penekanan kepada menambahbaikkan mutu kehidupan pesakit diabetic. Ini sangat penting kerana pesakit diabetic walaupun paras gula mereka adalah normal masih boleh menjemput penyakit lain kedalam badan mereka. Penyakit-penyakit yang mereka boleh hadapi ialah seperti:

  1. keras urat darah
  2. sakit urat saraf
  3. lemah batin lelaki dan wanita
  4. sakit buah pinggang
  5. penyakit darah tinggi
  6. sakit jantung
  7. masalah penglihatan
  8. sakit kulit seperti kudis
  9. rasa kebas anggota badan
  10. letih lesu dan tak bermaya
  11. kanker

PESAKIT DIABETIK KENA INGAT BAHAWA KEADAAN PARAS GULA NORMAL (BAWAH 7) TIDAK BERMAKNA ANDA TELAH BEBAS DARI DIABETIK, IANYA CUMA BERMAKNA DIABETIK ANDA DALAM KAWALAN SAHAJA. BANYAK PESAKIT TERTIPU/ALPA BAHAWA MEREKA TELAH BEBAS DARI KESAN DIABETIK. ANDA MASIH BOLEH MENJEMPUT PENYAKIT-PENYAKIT LAIN KE DALAM BADAN SEPERTI DI ATAS.

Luqman Herbs Centre menyediakan persediaan botanic untuk mengurangkan risiko anda untuk menjemput penyakit penyakit diatas. Anda tidak perlu menghentikan memakan ubatan dari hospital atau hentkan suntikan insulin. LHC diabetic supportive herbs memberi nafas baru serta memberi kekuatan baru kepada penghidap diabetic untuk menjalani hidup yang lebih produktif serta ceria.