Soalan Umum

Luqman Ayurveda ialah kaedah rawatan Ayurveda yang bersifat komplementari dan lebih ringkas serta efektif dalam membantu mengurangkan serta menyembuhkan masalah kebanyakkan masalah kesihatan yang tidak memerlukan pembedahan.

Terdapat beberapa ciri yang membedakan Luqman Ayurveda dan Ayurveda klasik dari India. Diantaranya ialah:

  • Luqman Ayurveda selamat digunakan kerana tidak melibatkan unsur-unsur logam dalam penyediaan. Luqman Ayurveda hanya merawat beberapa penyakit yang memang terbukti berkesan dalam rawatan dan bukannya merawat semua penyakit.
  • Luqman Ayurveda telah dirumuskan berdasarkan kepada prasarana Malaysia dan tidak menggunakan bahan-bahan yang tidak halal.
  • Luqman Ayurveda tidak menjalankan terapi terapi seperti  Ayurveda klasik yang boleh dipertikaikan keberkesanannya.
  • Luqman Ayurveda tidak bermotifkan keuntungan yang terlalu tinggi tetapi cuma memberi rawatan Ayurvedik yang berkesan pada harga yang berpatutan.

Soalan Mengenai Psora Detoks Set

Psora Detox telah terbukti lebih berkesan dan efektif dalam menghilangkan masalah psoriasis ini berbanding dengan rawatan kimia dan ini telah terbukti pada pelanggan yang menggunakannya. Banyak testimoni sedia ada untuk membuktikannya. Perlu diingat TIDAK ADA rawatan moden yang efektif dalam merawat Psoriasis ini. Penggunaan kimia steroid telah menjadi tunjang dalam perubatan moden dalam rawatan penyakit ini dengan kesan sampingan yang amat dahsyat. Psora Detox tidak membawa apa apa kesan sampingan kepada pengguna.
Ayurveda memang menyarankan pesakit Psoriasis menjaga makan, kalau di Ayurveda klasik memang banyak bahan makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit tetapi Luqman ayurveda hanya menyarankan pesakit tidak memakan 4 bahan sahaja iaitu ayam, ikan masin, terung dan kacang bendi supaya penyakit dapat dinyahkan dengan kadar yang lebih cepat.
Secara amnya, proses ini bergantung kepada banyaknya kotoran darah yang dipanggil “ama” dalam darah serta kuantitinya dibawah kulit serta sendi. Psora Detox disarankan penggunaannya selama 8 bulan ke setahun untuk mendapatkan hasil yang amat baik. Proses ini menjadi lebih cepat sekiranya pesakit menjaga pemakanan seperti yang disarankan tadi.
Kandungan Psora Detox ialah 3 jenis kapsul botanic serta krim yang dirumus khas tanpa menggunakan bahan kimia mahu pun pengawet dan selamat pada kanak-kanak.
Dari pengalaman hampir 25% pesakit akan mendapati Psoriasis mereka menjadi lebih banyak pada awal penggunaan produk, ini kerana sistem imuniti badan yang semakin pulih membuang kotoran melalui kulit dan biasanya keadaan ini akan berkurangan dan seterusnya hilang. Ini adalah situasi seketika sahaja dan tidak perlu risau…manakan boleh membersihkan rumah tanpa membuang sampahnya…
Memang digalakkan ujian LIVER FUNCTION TEST dibuat oleh mereka mereka yang pernah mengamalkan ubatan kimia steroid kerana steroid ini boleh merosakkan fungsi hati. Ujian ini penting supaya pesakit mengetahui status hati mereka sebelum rawatan PSORA DETOX.
Walaupun kandungan Psora Detox tidak membahayakan wanita mengandung tetapi pihak kami tidak menggalakkan pengambilan rawatan pada waktu hamil kecuali menggunakan krim botanical untuk kegunaan luaran sahaja.

Soalan Mengenai Set Ekzema

Untuk bayi yang menghadapi masalah Ekzema kami juga memberi ubat titis, dan jika tidak dapat makan ubat kapsul, boleh buka kapsul dan campurkan dengan sedikit air/susu/jus dan diberi minum pada bayi Ekzema.
Tidak merbahaya kerana semua ubat-ubatan termasuklah krim yang diformulasikan oleh Vaidya Dr. Luqman hanyalah bersumberkan herba-herba terpilih ayurveda dan tiada sebarang kandungan bahan kimia, steroid dan sebagainya.
Perlu diingatkan bahawa semua ubat herba Luqman Ayurveda tidak sama dengan pusat ayurveda seperti gabungan herba ayurveda yang digunakan dan seni kaedah pembuatan ubatnya. Luqman Ayurveda menggunakan formula asal keluarga turun-temurun (Vaidya Alagar Managkudi ) lebih 360 tahun dalam merawat pelbagai jenis penyakit dalam perubatan klasik ayurveda namun diformulasikan semula oleh Vaidya Dr. Luqman mengikut kemudahan dan kehidupan moden masa kini khususnya untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbilang kaum.
Jangkamasa rawatan antara 4 bulan ke 8 bulan sehingga semua simptom-simptom yang menyebabkan masalah kulit ekzema kembali pulih.
Kami tidak menggalakkan kerana pengumpulan toksin ‘ama’ dalam darah masih belum dinyahkan sepenuhnya dan jika berhenti dikhuatiri ekzema boleh terjadi semula. Oleh kerana ini, bagi sesiapa yang menggunakan ubat ekzema formula Dr. Luqman kami mewajibkan agar berterusan meneruskan rawatan minimum 4 ke 8 bulan sehingga ekzema pulih sepenuhnya.
Tidak. Ubat Ekzema Dr. Luqman tidak dijual di farmasi, kedai-kedai jamu atau mana-mana pasaraya.