objektif-banner


Luqman Herbs Centre

  • Menyasarkan objektif sebagai pembekal utama kepada penjagaan dan pemulihan kesihatan secara alami
  • Menjadikan manusia lebih sihat dan produktif dengan kaedah alami
  • Membawa nilai hidup yang lebih berkualiti kepada manusia sejagat

 

falsafah-banner


Falsafah DrN Luqman

“Saya tidak menyembuhkan apa-apa penyakit kerana hanya ALLAH SWT (PENCIPTA) boleh menyembuhkan tetapi saya sekadar membantu dalam proses penyembuhan dengan menambahkan elemen badan yang kurang, mengurangkan elemen badan yang lebih, melancarkan aliran tenaga dalaman dan menguatkan seluruh sistem badan supaya segala kepincangan dalam badan diperbetulkan, ini akan membuka jalan kepada badan untuk menyembuhkan masalah yang dihadapinya.”


Konsep Kesihatan Dan Rawatan Luqman Ayurveda

earth-summer-garden-tableAyurveda yang telah mempunyai sejarah bertulis selama 3000 tahun mempunyai konsep dan metodologi rawatan yang unik dan tersendiri. Kalau sekarang sains dan teknologi menggunakan teori teori sains barat dalam menerangkan sesuatu fenomena tentang kesihatan ataupun rawatan, begitu juga pada Zaman sebelum wujudnya sains barat. Terdapat sebuah sistem yang berdasarkan kepada elemen alam semula jadi iaitu api, air,angin, tanah dan ruang digunakan secara meluas untuk menerangkan mengapa penyakit ini terjadi serta menerangkan teknik teknik untuk membaik-pulihnya.

KONSEP 5 UNSUR ALAM (PANCA BOOTHA)

Konsep ini menyatakan bahawa manusia ialah satu unit kecil (Mikrosom) dan merupakan salah satu komponen alam semesta (Makrosom), perubahan pada Makrosom mempengaruhi unit kecil Mikrosom kerana keduanya terbuat dari lima komponen yang sama iaitu api, air, angin, tanah dan ruang (angkasa).

KONSEP 3 DOSHA (TRIDOSHA)

Konsep ini menyatakan bahawa dalam badan manusia terdapat 3 jenis gerakan tenaga hayat (Vital Forces) yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai . Tenaga-tenaga ini memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semua organ badan berfungsi dengan baik. Jika berlaku perubahan atau kepincangan dalam pengaliran tenaga hayat ini maka badan akan mulai rasa tanda-tandanya. Ini berlaku supaya manusia dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengubah kembali aliran tenaga hayat itu ke keadaan asalnya dan melindungi badan manusia itu dari ancaman penyakit. Penyakit dikatakan terjadi hanya apabila tenaga hayat itu telah dirosakkan atau aliran tenaga hayat itu tidak lagi dapat dipulihkan sendirinya oleh badan seseorang manusia itu.

Ketiga tiga aliran tenaga hayat itu dinamakan Vatta, Pitta, dan Kapha. Contoh kepincangan aliran Vatta (Sakit sendi :Rheumatism), Kebas( Numbness) dan kerap membuang angin (Flatus). Contoh kepincangan aliran Pitta : Kurang hadam makanan (Indigestion), susah tidur (Insomnia), Panas badan (Body Heatiness), ruam tanpa sebab (Rashes). Contoh kepincangan aliran Kapha :Berat badan bertambah (Gain weight), malas (Lazy), tangguh kerja( delayed work), resdung (Sinus), bau badan (Body odor).

Pada tahap awal rawatan untuk memulihkan aliran tenaga hayat adalah jauh lebih mudah berbanding selepas ianya menjadi kronik dan memerlukan rawatan untuk jangka masa yang lama. Seseorang pengamal Ayurveda (Vaidya) boleh mengenal pasti kepincangan tersebut dan memberikan rawatan untuk memulihkan tenaga hayat tersebut agar seseorang itu menjauhi penyakit yang bakal tiba.


about-us-dr-luqman-3Dr(N) LUQMAN

Latar Belakang Vaidya(DrN)Luqman

Vaidya Luqman S.Selva Abd. Berasal daripada keturunan Vaidya yang telah mengamalkan rawatan alami sejak beratus tahun lagi. Vaidya Luqman telah berkecimpung dalam bidang rawatan herba dan alamiah sejak berusia 10 tahun lagi.Di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang, arwah ayah DrN Luqman sangat terkenal sebagai pakar merawat pesakit yang mempunyai masalah rambut dan sebagainya. Aktiviti arwah ayah beliau telah memberikan inspirasi dan dorongan kepada Vaidya Luqman di awal usia beliau untuk mendekati dan mempelajari rawatan alamiah yang diwarisi keturunan beliau.

Peringkat Awal Pendidikan Ayurveda

Vaidya (DrN) Luqman mendapat pendidikan awal di Balik Pulau sebelum melanjutkan pelajaran perubatan herba di India. Vaidya Luqman mewarisi kaedah perubatan peringkat awal menggunakan herba Ayurveda secara turun-temurun dari ayahnya sendiri kerana ayahnya juga dikenali sebagai perawat Ayurveda yang terkenal di Balik Pulau dan kerap dikunjungi oleh pesakit untuk pelbagai masalah kesihatan. Sepanjang pembelajaran Vaidya Luqman bersama ayahnya, beliau telah menimba pengalaman sebagai perawat dan secara tidak langsung mewarisi banyak formula herba keturunan. Di antara popularity arwah ayahnya sebagai perawat di kalangan masyarakat setempat adalah merawat masalah berkenaan rambut, masalah kesihatan lelaki dan masalah kemandulan wanita.

Selepas tamat STPM, Vaidya Luqman melanjutkan pembelajaran ilmu perubatan herba warisan keluarganya dengan merantau ke India untuk terus mewarisi ilmu perubatan dari datuknya sendiri yang berada di Manangkudi,selatan India. Mendiang datuknya adalah seorang pakar perubatan Ayurveda selatan (Siddha Vaidya) yang terkenal dan mempunyai pusat rawatan sendiri di sana. Banyak rahsia dan ilmu perubatan herba serta ilmu titik urat (Varma) telah dipelajari dan diwariskan hanya kepada Vaidya Luqman daripada datuknya, Manangkudi Alagar Vaidya. Pada satu upacara ringkas di Manangkudi India, Vaidya Alagar telah mengiktiraf Vaidya Luqman sebagai pewaris sistem rawatan herba turun temurun keluarganya.

Luqman Health Centre diasaskan oleh Vaidya (DrN) Luqman Selva Bin Abdullah. Dilahirkan pada tahun 1967 di Balik Pulau, Pulau Pinang dengan nama SELVA HOLISTIC CENTRE

Peringkat Pengajian Tinggi dan Bermulanya Kerjaya

Pengajian perubatan herba telah membawa Vaidya Luqman mendaftarkan diri sebagai pelajar di Kollimalai Siddha Siddharasramam Gurukulam di Selatan India dan telah mendapat diploma dalam bidang perubatan herba dan Siddha. Guru yang telah mengajar Vaidya Luqman pada ketika itu bernama Vaidya Dr.Selvaraj dan memang popular dan dikenali di selatan India dalam rawatan menggunakan herba.

Sekembalinya ke Malaysia, Vaidya Luqman memulakan rawatan herba secara kecil kecilan di Balik Pulau, Pulau Pinang dan menjadi popular di kalangan masyarakat setempat.

Memeluk Islam

Vaidya Luqman memeluk islam ketika berusia 30 an dan mula berhijrah dari Balik Pulau ke ibu kota selepas pengislamannya dan mengasaskan Luqman Wellness Centre di Subang Jaya. Disamping berkhidmat sebagai perawat Ayurveda pada hari ini, beliau juga mula berkecimpung dalam bidang pendidikan dengan mengajar ilmu perubatan herba yang diwarisi kepada beberapa anak murid beliau yang berminat dalam perubatan herba. Minat yang mendalam dalam perubatan herba disamping sifat semulajadi sebagai pendidik mendorong Vaidya Luqman mengajar dan menurunkan ilmu yang diwarisi kepada mereka yang berminat dalam bidang ini.

Tahap pendidikan

  • Diploma in Herbal and Siddha Medicine (India)
  • Diploma in Homeopathy (India)
  • Bachelors In Islamic Business and Management (Mal)
  • IAlternative & Holistic Medicine (India)

Mission In Life

Saya membantu pesakit untuk mencapai taraf kesihatan yang lebih baik agar mereka boleh memberi sumbangan yang lebih produktif kepada keluarga, agama dan negara. Negara memerlukan rakyat yang lebih sihat untuk maju. Ini misi hidup saya.

My Practice, My Inspiration

Setiap pesakit yang memberikan respon yang positif memang menjadikan saya lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan perjuangan saya untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan perkhidmatan saya. Saya suka sangat mendengar ayat “Terima kasih Doc, I dah ok…” ayat-ayat seperti inilah yang memberikan “charge” kepada saya untuk meneruskan bidang kerjaya yang sangat mencabar ini.