RAWATAN TULANG BELAKANG (SLIP DISC)

posted in: Artikel Umum | 0

 

konsultasi2

Testimoni SLIPPED DISC – patient wanita
(Spine Defect Due To Traumatical Injury)

‘Pada tahun 2009, saya telah membuat pemeriksaan MRI di xxxxxx Ipoh setelah mengadu sakit di bahagian pinggang beberapa kali. Doktor telah memberitahu saya mengalami slipdisc di bahagian L4/S1. Ianya terjadi selepas saya mengangkat pasu yang agak berat. Doktor pakar di hospital xxxxxxx telah menyarankan kepada saya supaya membuat operation tetapi apabila ditanya apakah risiko yang bakal dihadapi, ianya agak berat utk diterima. Doktor juga memberi nasihat supaya melakukan fisioterapi. Lebih kurang setahun lebih, saya ulang alik melakukan fisioterapi tetapi keadaannya masih sama. Saya dan keluarga mencari alternatif lain utk memulihkan slipdisc ini tetapi ianya hanya sementara.

Sehinggalah pada tahun 2015, kesakitan saya semakin teruk sehingga menyebabkan ngilu di bahagian kaki. Akhirnya saya diberitahu oleh abang ipar saya tentang LUQMAN HERBS CENTRE. Saya cuba dengan rawatan di sini dengan beberapa treatment dan juga dibekalkan ubat yang diperbuat daripada herba. Alhamdulillah dengan 8 kali treatment, ngilu yang di bahagian kaki tiada lagi dan belakang saya rasa sangat selesa. Tidak perlu lagi memakai bengkong yang disyorkan di hospital. Sehingga hari ini, saya kembali bergiat aktif seperti dahulu, mula aktif dalam badminton dan juga gym.

Syukur alhamdulillah, berkat dan yakin dengan kuasa Allah s.w.t tiada lagi sakit di belakang dan saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perawat saya Ms.Suha & DrN Luqman kerana banyak memberi nasihat dan semangat untuk pulih.’

 

** Sekiranya inginkan rawatan ini, sila bawa bersama laporan perubatan saudara / saudari beserta dengan laporan X-Ray. Kos rawatan merangkumi sesi ‘oiling’ dan herba untuk pulihkan urat saraf dan lain-lain.

Leave a Reply